fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

CUKUP TIDUR MAMPU MENURUNKAN BERAT BADAN. BETUL KE?

Jam menunjukkan 2 pagi tapi mata tidak mahu lelap, Otak masih ligat menyiapkan kerja – kerja yang tak pernah habis. Perut lapar yang melonjak! Apa yang anda cari pada situasi ini? Air kopi dan snek ringan bukan?

Anda langsung tak fikirkan diet seimbang, langsung tak fikirkan kesihatan anda pada esok hari, apa akan jadi pada diri anda?

Penat, lesu dan semua kerja tak menjadi. Keadaan ini berterusan hingga petang. Kemudian anda teruskan rutin tidur lewat hingga jam 3 pagi. Akhirnya obesiti dan sakit jantung menyerang. Pada masa ini, penyesalan, ubat ubatan yang menjadi teman seumur hidup.

 

PENTING KE CUKUP TIDUR NI?

Ya! amat penting tidur pada waktunya. Ada sesetengah orang akan tidur jam 9 malam dan bangun jam 5 pagi dalam keadaan segar. Ada yang tidur jam 11 malam dan bangun jam 6 pagi. Apa yang mereka dapat?

Tidur yang cukup dan kecergasan untuk melakukan aktiviti harian yang sangat produktif. Paling penting anda dapat menikmati sarapan pagi yang cukup dan anda tidak merasa lapar yang melampau. Ini diet yang terbaik, tidur dan makan mengikut waktu normal. Sangat ideal untuk menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan anda.

APA AKAN JADI JIKA ANDA MENGEKALKAN TIDUR LEWAT?

Kami kongsikan sedikit informasi dari mingguanwanita.my

Jika tubuh mendapat waktu tidur kurang dari 7 hingga 9 jam, berkemungkinan tubuh akan memaksa dan mencari makan untuk mengisi perut yang lapar.

kenapa keaadan ini berlaku? Semuanya kerana kurang tidur akan memberi kesan pada hormon lapar dan hormon rasa kenyang yang dikenali sebagai ghrelin dan leptin.

Ghrelin akan beri isyarat pada otak masa untuk makan. Apabila kita kurang tidur, tubuh akan menghasilkan lebih banyak ghrelin.

Leptin pula akan beri isyarat pada otak untuk berhenti makan. Apabila anda tidak mendapat tidur secukupnya, tahap leptin akan jatuh menjunam. Ia akan memberi isyarat pada otak untuk makan lebih banyak.

LEMAK TERKUMPUL DALAM TUBUH

Kurang tidur membuatkan anda rasa lesu dan letih. In yang telah dijelaskan oleh penyelidik di University of Chicago. Dalam masa empat hari tidur yang tidak cukup, kebolehan tubuh untuk memproses insulin – hormon yang diperlukan untuk mengubah gula, kanji dan makanan lain kepada tenaga – menjadi tidak keruan.

Sensiviti terhadap insulin juga telah menunjukkan kejatuhan sehingga 30 peratus. mengapa keadaan ini tidak baik?

Apabila tubuh tidak memberi tindak balas yang sempurna terhadap insulin, tubuh mempunyai masalah memproses lemak – lemak daripada aliran darah. Akhirnya lemak itu akan tersimpan dalam tubuh.

Perlu diberi perhatian juga, tidak bermakna jika anda tidur, berat akan berkurang. Tetapi tidur yang sedkikit akan menghalang metabolisme dan menyumbang kepada penambahan berat badan.

TIP TIDUR SEMPURNA

Zaman sekarang hendak mendapatkan tidur yang sempurna agak susah. Di tambah pula apabila semua skrin gajet yang ada menggoda kita untuk berjaga lebih lama.

Asas untuk mendapatkan tidur yang cukup dan sempurna amat mudah.

Amalkan tip berikut:

1. Tutup komputer, telefon bimbit dan televisyen sekurang – kurangnya 1 jam sebelum anda tidur.

2. Jadikan bilik tidur hanya untuk tidur dan bukannya perkara lain. Fikirkan tentang rehat dan bukanya tentang hiburan dan kerja.

3. Cipta ritual waktu tidur. Sebagai contoh, mandi air panas sebelum tidur, cipta suasana tidur seperti di hotel yang selesa.

4. Berpegang pada jadual waktu tidur dan waktu bangun yang sama setiap hari. Ikut jadual ini pada hari minggu.

5. Jaga makan. Elakkan makanan berat sebelum tidur yang akan menyebabkan pedih ulu hati dan menyukarkan anda tidur. Elakkan minum soda, teh, kopi dan coklat selepas jam 2 petang. Kafein boleh berada dalam sistem tubuh selama 5 hingga 6 jam.

6. Tutup lampu. Kegelapan boleh memberi isyarat pada tubuh untuk melepaskan hormon tidur asli iaitu melatonin. Jika lampu terbuka, cahaya terang akan menahan hormon ini daripada keluar.

7. Gunakan bantal yang selesa. DAG mengeluarkan bantal yang sangat selesa dan menjadikan tidur anda sempurna.

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Mengenai kami

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved