fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

BISNES CARA CBS JADI TUMPUAN

Ramai sebenarnya antara kita yang mempunyai minat dalam bidang perniagaan. Tak kisah la secara kecil mahupun besar jika ianya mendatangkan keuntungan semestinya semakin ramai yang menceburi bidang ini.

Ada yang berpendapat lokasi strategik bersama kedai mahupun restoran amatlah penting kerana ia menentukan kejayaan sesuatu perniagaan. Benarkah?

Pun begitu, berlainan pula dengan situasi yang dihadapi sekarang, kebanjiran Car Boot Sale atau lebih dikenali dengan singkatan CBS semakin menjadi-jadi dalam kalangan para peniaga.

Pelbagai barangan yang dijual bermula dengan makanan, pakaian hinggalah alatan kelengkapan rumah. Cetusan idea perniagaan secara CBS ini bukan hanya memberi banyak kelebihan kepada peniaga bahkan turut menjadi tarikan utama kepada pembeli untuk ‘bershopping’. Antara kelebihannya ialah:-

1) Berkonsepkan Drive Thru

Biasalah pengguna sekarang semua nak senang dan mudah. Jadi sebagai peniaga, segala keinginan dan kemahuan pengguna hendaklah dituruti agar barang atau perkhidmatan yang dipasarkan mendapat tempat dihati pengguna.

Bayangkan apabila pengguna yang lalu disesuatu kawasan dan melihat bonet kereta yang terbuka menjual barangan yang diminati secara tidak langsung mereka akan berhenti juga.

Bertambah seronok lagi mereka tidak perlu turun kereta, hanya tanya dan pesan sahaja apa yang mereka mahu segalanya dimiliki dengan mudah.

2) Tak perlu keluar modal sediakan peralatan meniaga

Ni lah salah satu punca yang membuatkan peniaga makin jatuh cinta dengan CBS ni, mana tidaknya, mereka tidak perlu keluarkan apa-apa kos untuk membeli peralatan meniaga seperti kerusi, meja dan yang berkaitan.

Pun begitu, mungkin juga ada peniaga CBS yang membeli peralatan tersebut untuk memberi lebih keselesaan bagi menarik perhatian pengunjung.

3) Mengatasi jualan secara atas talian

Ramai berpendapat belian secara atas talian lebih memudahkan semuanya hanya dihujung jari. Namun, jualan ‘offline’ atau secara terbuka juga mempunyai kelebihan tersendiri. Buktinya melalui CBS ini, pengguna dapat melihat dan merasai produk tersebut depan mata sebelum membeli.

Contoh lebih mudah, pengguna dapat merasai bantal DAG yang lembut, gebu, tinggi atau rendah mengikut citarasa mereka sebelum terus membeli.

4) Modal kecil

Nak berniaga ni mestilah modal menjadi keutamaan. Jika banyak modal yang dilaburkan maka besarlah pulangannya, Sejauhmana kebenaran fakta ini?

Sebenarnya bukan modal yang menjadi taruhan, tetapi strategik yang diamalkan oleh sesebuah pernaigaan tersebut.

Bagi perniagaan CBS pula, daripada tinjauan yang dilakukan, kebanyakkan peniaga mengatakan mereka hanya mengeluarkan modal yang kecil tetapi mendapat keuntungan yang berbaloi.

Tips yang dikongsikan dari kami di DAG diharapkan dapat membantu anda diluar sana samada berstatus peniaga mahupun pengguna, bijak membuat sesuatu keputusan sebelum ianya dijalankan, bimbang nanti nasi sudah menjadi bubur semuanya hanya tinggal angan-angan sahaja!

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Mengenai kami

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved