fbpx

Blog

Galeri

Login

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

TIDUR MATA TERBUKA, BOLEH KE?

Bila berbicara soal tidur, sebahagian masyarakat di Malaysia memandang enteng. Tanpa mereka sedar, kebanyakkan punca sesuatu penyakit bukan hanya datang dari aspek kesihatan tubuh badan, pemakanan malah tidur juga antara penyebab utama.

Masyarakat kita suka kaitan sesuatu perbuatan atau keadaan dengan sesuatu kepercayaan agama, adat, budaya dan sebagainya yang mereka rasakan benar. Contohnya jika seseorang kanak-kanak tidur dengan keadaan mata terbuka, maksudnya kanak-kanak tersebut nakal. Anda pernah dengar? Sejauh mana kebenaran perkara ini dan siapa yang menjadi penanda aras membuat keputusan perkara ini betul atau tidak?

Harus ingat, kita manusia dan bukanlah haiwan jenis reptilian yang tidur dengan keadaan mata terbuka kerana ciptaan Maha Esa manusia memiliki kelopak mata sudah tentulah mempunyai fungsi tersendiri.

Apabila tidur, kelopak mata berperanan untuk menutup mata dan itu merupakan tugas sempurna perlu dilakukan melainkan jika ada sesuatu keadaan yang menghalang kelopak mata melakukan tugasnya. Namun, jika kelopak mata terbuka ketika tidur bagaimana pula?

Mungkin anda tidak sedar sebab anda sedang tidur, tetapi orang yang berada sekeliling anda dapat melihat jika kelopak mata anda terbuka ketika tidur. Hati-hati jika kelopak mata anda tidak tutup ketika tidur, itu petanda masalah kesihatan yang dikenali sebagai ‘lagophthalmos’

Individu yang mengalami masalah ini sebenarnya tidak dapat melihat ketika tidur walaupun kelopak matanya terbuka. Otak pula menghapuskan input deria kecil dari organ apabila tidur dan pesakit tidak sedar keadaan kelopak mata mereka terbuka ketika itu.

Tahukah anda, keadaan kelopak mata juga berkait rapat dengan kerdipan mata. Cuba anda tenung sesuatu benda tanpa kerdipkan mata anda, boleh atau tidak? Mungkin boleh tapi mata anda akan rasa pedih dan berair.

Mungkin ada yang berfikir kerdipkan mata secara sukarela dan tidak penting tetapi ianya sangat penting. Kornea mata tidak dibekalkan dengan oksigen melalui saluran darah tetapi kornea mendapatkan oksigen dari atmosfera dan kerdipan mata sangat penting bagi membolehkan fungsi kornea berjalan lancar.

Setiap kali anda kerdipkan mata, kelopak mata akan membekalkan cairan air mata kepada mata bagi membantu proses pembersihan dan penyerapan oksigen dari atmosfera serta melindungi bebola mata dari bahan asing menyebabkan masalah atau ketidakselesaan.

Berbalik kepada ‘Lagophthalmos’ atau masalah mata terbuka ketika tidur ni, bagaimana ia boleh berlaku? Mari lihat punca terjadinya masalah kesihatan tersebut:-

  • Keturunan
  • Otot muka lemah/ lumpuh dikenali autoimun
  • Pembedahan kosmetik yang menjejaskan saraf muka
  • Strok
  • Kecederaan pada tengkorak saraf kranial
  • Pembedahan Ptosis- pembedahan kosmetik yang mengeluarkan kulit atau lemak tambahan berhampiran kelopak mata
  • Gangguan genetik yang merosakkan otot muka dikenali ‘Sindrom Meobius’
  • Trauma

Pun begitu, tak semua yang mengalami masalah ‘Lagophthalmos’ berpunca daripada masalah di atas. Individu yang normal juga akan mengalami masalah ‘lagophthalmos’ ini dikenali ‘Nocturnal lagophthalmos’ dan kebanyakkan mereka tidak menyedari masalah tersebut.

Pesakit yang mengalami masalah ini berada di bawah tekanan kerana tidak mendapat rehat yang secukupnya. Keadaan mata yang terbuka membuatkan kornea mata kering dan apabila bangun daripada tidur mata kabur.

Beberapa rawatan yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah ‘Nocturnal lagophthalmos’ antaranya:-

  • Memakai topeng mata ketika tidur
  • Pembedahan mengetatkan kelopak mata
  • Pembedahan menanam emas pada kelopak mata agar berat dan mata tidak terbuka sewaktu tidur
  • Penggunaan minyak untuk melekatkan mata
  • Memakai air mata tiruan bagi mengelakkan mata kering

 

Jika mata anda menghadapi situasi sama seperti yang diterangkan di atas, waspadalah segera berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan dan nasihat. Sebelum tidur anda juga harus pastikan kelengkapan untuk tidur seperti bantal dalam keadaan bersih dan selesa. Bagi menambah lebih keselesaan gunakan bantal tidur keluaran DAG, tidur yang nyenyak dengan keadaan mata tertutup rapat menjadi milik anda. Hargailah mata anda kerana manusia hanya mempunyai dua mata, tanpa mata gelaplah dunia.

Tahukah anda kesihatan diri amat penting dalam kehidupan kita? Walaupun kesihatan berkaitan tidur sering dipandang enteng namun, kesihatan tidurlah kunci kepada kesihatan lain. Amalkan konsep ‘Mencegah Lebih Baik dari Merawat’ untuk kesihatan berkualiti

Bantal DAG mampu memberi keselesaan tidur nyenyak buat anda. Berminat dengan bantal kami? Klik sini Untuk sebarang maklumat menjadi keluarga usahawan kami klik di bawah

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Bersih Ke Bantal Saya?

Anda rasa bantal anda tidur dekat rumah tu bersih tak? Ok kalau bersih, berapa kali anda basuh dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun? Sebelum tu,

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

Maklumat Terkini

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

error: Content is protected !!