fbpx

Blog

Galeri

Login

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

Kenapa Perlu Bersarapan Selepas Bangun Tidur?

Tatkala suria menyinari, mata terbuka bangkit dari katil untuk membersihkan diri dan bersiap memulakan rutin harian samaada memegang status sebagai pelajar mahupun pekerja. Sudah menjadi rutin, sebelum memulakan aktiviti harian, anda memerlukan makanan dan minuman sebagai tenaga untuk bergiat aktif.

Sebenarnya amalan bersarapan ni sudah dipupuk sejak zaman kanak-kanak lagi tetapi ada individu yang skip atau tinggalkan sarapan dengan pelbagai alasan sama ada perut tidak menerima makanan waktu pagi, sibuk menguruskan hal lain, menggantikan sarapan dengan makan tengahari dan lain-lain.

Jadi untuk hari ni, anda dah sarapan? Kalau belum, cepat-cepat la sarapan ye sebab sarapan ni penting untuk mengekalkan kecergasan dan kecerdasan sepanjang hari.

Mari kita bongkarkan kenapa sarapan diperlukan selepas bangkit dari tidur dan tidak boleh ditinggalkan yang ramai tidak tahu.

 

  • Boleh menurukan berat badan

Anda mesti beranggapan sarapan boleh menggemukkan badan dan ada diantara anda amalkan konsep 2 in 1 iaitu tinggalkan sarapan dan makan pada waktu makan tengahari dengan anggapan itulah sarapan itulah makan tengahari kerana tidak mahu gemuk. Salah konsep tu. Tahukah anda sebenarnya sarapan boleh membakar kalori dalam badan? Sarapan pagi setelah semalaman perut kosong kerana tidur secara tidak langsung boleh meningkatkan metabolisme dan bererti proses pembakaran kalori akan menjadi lebih efisen.

 

  • Meningkatkan metabolisme badan

Anda perlu ingat, perut anda kosong lebih kurang 8 jam atau lebih ketika waktu tidur. Pada waktu pagi, paras gula dalam darah rendah dan badan perlukan tenaga untuk mengimbang semula paras gula dalam darah.

Jika anda bersarapan, ia dapat memberi tenaga diwaktu pagi untuk memastikan metabolisme sentiasa berterusan. Sebaiknya-baiknya, anda harus sarapan dalam tempoh dua jam selepas bangun dari tidur.

 

  • Tingkatkan Kemampuan Otak

Cuba bayangkan jika anda tidak bertenaga, bagaimana anda hendak mulakan rutin harian dengan aktif? Kajian yang dibuat oleh Universiti Swansea Wales mendapati sebahagian tenaga dalam bentuk glukosa telah habis digunakan sebelum kita tidur.

Oleh itu, sarapan pagi yang mengandungi glukosa akan digantikan semula dan ia juga merupakan salah satu bahan yang sangat penting untuk otak yang cerdas sekaligus meningkatkan kemampuan otak melakukan kerja dengan baik.

 

  • Sarapan merupakan landasan betul menurunkan berat badan

Buat anda yang ingin turunkan berat badan, jangan sesekali meninggalkan sarapan pada waktu pagi. Hal ini kerana, beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan mereka yang mengambil sarapan lebih cenderung mengekalkan dan mengurangkan berat badan. Hati-hati jika anda skip sarapan dan makan lebih banyak pada waktu tengahari, anda sebenarnya menempah tiket untuk tambah berat badan.

 

  • Baik untuk Kesihatan Jantung

Tidak bersarapan pada waktu pagi sangat berisiko tinggi bagi individu tersebut mendapat penyakit jantung kerana waktu pagi perut yang kosong, memudahkan mendapat kolestrol dalam darah. Oleh itu, pengambilan fiber dalam sarapan seperti roti dapat memberikan tubuh yang fit dan sihat.

Namun begitu haruslah ingat, selepas bangun dari tidur, tenaga amat diperlukan oleh tubuh badan, anda perlulah makan makanan sihat untuk sarapan pagi seperti pisang, tembikai, strawberi, kopi tanpa gula, teh panas dan makanan lain yang mengandungi khasiat tinggi bagi memastikan sarapan secara sihat berkuasa pada tubuh badan anda!

Tahukah anda kesihatan diri amat penting dalam kehidupan kita? Walaupun kesihatan berkaitan tidur sering dipandang enteng namun, kesihatan tidurlah kunci kepada kesihatan lain. Amalkan konsep ‘Mencegah Lebih Baik dari Merawat’ untuk kesihatan berkualiti

Bantal DAG mampu memberi keselesaan tidur nyenyak buat anda. Berminat dengan bantal kami? Klik sini Untuk sebarang maklumat menjadi keluarga usahawan kami klik di bawah

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Kenapa Perlu Bersarapan Selepas Bangun Tidur?

Facebook Comments

Bersih Ke Bantal Saya?

Anda rasa bantal anda tidur dekat rumah tu bersih tak? Ok kalau bersih, berapa kali anda basuh dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun? Sebelum tu,

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

Maklumat Terkini

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

error: Content is protected !!