fbpx

Blog

Galeri

Login

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

KENAPA BANTAL SAYA KEMPIS & DAH TAK ‘FLUFFY’ MACAM DULU?

“Apa ni, kenapa bantal saya dah tak fluffy dan gebu macam awal-awal beli dulu?”
“Ketika baru beli dulu sedap je bantal ni, gebu & sangat-sangat fluffy. Tapi sekarang dah kempis macam takde isi pun ada.”
“Kata bantal hotel, kenapa dah tak fluffy dah?”

Itulah apa yang sering kami dengar dan mendapat aduan daripada pelanggan kami semua. Kalau yang sudah biasa beli dengan Das Abdul Global, mereka tahu bagaimana mahu kekalkan kegebuan dan ‘fluffyness’ bantal mereka. Jadi, apa yang admin ingin ceritakan ini adalah untuk semua pelanggan kami yang pernah beli bantal kami atau, yang baru sahaja nak try bantal hotel yang popular seantero Malaysia ni. Para usahawan juga boleh sebarkan tips-tips kepada semua.

  1. Setiap pagi bila anda bangun, make sure untuk rajinkan diri anda dengan sesi ‘fluffing’ bantal anda. Bagaimana nak fluff bantal anda? Seperti gif dibawah, anda hanya perlu menepuk-nepuk kedua belah bantal anda di kedudukan menegak. Cara ini dapat memastikan bantal anda untuk ‘bernafas’ dan menjadikan bantal anda lebih ringan dan lembut.
  2. Sekurang-kurangnya keringkan bantal anda menggunakan mesin pengering ataupun dryer. Jika anda tidak mempunyai mesin tersebut di rumah, anda hanya boleh pergi ke dobi layan diri berdekatan kerana semestinya disitu akan mempunyai mesin pengering. Buat mereka yang mempunyai bantal isian bulu itik, seperti White Duck Down Feather keluaran DAG, dinasihatkan untuk menggunakan cover bantal yang ber-zip supaya bulu-bulu isian bantal tersebut tidak terkeluar. Jangan lupa ye, paling kurang untuk gunakan mesin pengering ini adalah sekali sebulan.
  3. Ketika menggunakan mesin pengering, letak sekali helaian pelembut fabrik di dalam mesin. Ini dapat membuatkan bantal kita menjadi lebih wangi.
  4. Antara semua tips yang dikongsi ini, ada satu tips pelik ni yang akan membuat anda terkejut. Letak 2 biji bola tennis yang bersih sekali di dalam mesin pengering. Kenapa pula kan nak letak bola tennis? Ketika mesin pengering berpusing, bola-bola tersebut akan ‘memukul’ bantal dan memecahkan isian bantal yang bergumpal.
  5. Jangan set-kan mesin anda pada suhu yang tinggi kerana ia mampu menjadikan bantal anda busuk dan membakar isian fiber. Gunakan setting ‘air dry’ kerana ia dapat menghilangkan lembapan dan  mengelakkan daripada berkulat.
  6. Sekali-sekala kita hendaklah sidaikan bantal di bawah cahaya matahari supaya bantal kita menjadi lebih fresh dan bersih. Gebukan bantal kita selepas satu jam dan kemudiannya menerbalikkan bantal tersebut supaya kedua-dua belah kering.

Supaya dengan tips-tips ini dapat memanjangkan jangka hayat bantal anda semua dan usah risau ye semua, produk DAG semua diperbuat daripada kualiti material yang bagus dan tinggi kerana kami disini amat mementingkan kepuasan pelanggan kami. Semoga bermanfaat buat semua!

Tahukah anda kesihatan diri amat penting dalam kehidupan kita? Walaupun kesihatan berkaitan tidur sering dipandang enteng namun, kesihatan tidurlah kunci kepada kesihatan lain. Amalkan konsep ‘Mencegah Lebih Baik dari Merawat’ untuk kesihatan berkualiti

Bantal DAG mampu memberi keselesaan tidur nyenyak buat anda. Berminat dengan bantal kami? Klik sini Untuk sebarang maklumat menjadi keluarga usahawan kami klik di bawah

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

KENAPA BANTAL SAYA KEMPIS & DAH TAK ‘FLUFFY’ MACAM DULU?

Facebook Comments

Bersih Ke Bantal Saya?

Anda rasa bantal anda tidur dekat rumah tu bersih tak? Ok kalau bersih, berapa kali anda basuh dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun? Sebelum tu,

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

Maklumat Terkini

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

error: Content is protected !!