fbpx

Blog

Galeri

Login

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

KAMI DIHALAU SETELAH MEMBAYAR 8 RIBU UNTUK BERNIAGA BANTAL DI SEBUAH SHOPPING MALL

KAMI DIHALAU SETELAH MEMBAYAR 8 RIBU UNTUK BERNIAGA BANTAL DI SEBUAH SHOPPING MALL


[one_second]Demi Allah saya amat kecewa, sedih dan rasa terhina bila perkara ini berlaku pada team DAG® . Saya mungkin tak rasa sebegini perit jika ia berlaku pada diri saya. Tatapi apabila ia berlaku pada team yang saya amat hargai, ia telah melukakan hati saya dengan amat teruk………

Dugaan bulan ramadhan, team DAG® telah dihalau dari tapak perniagaan sementara di sebuah shopping mall yang amat dikenali dimalaysia. Kami rasa cukup kecewa, terhina, bila kami dihalau dan diperbodohkan seperti kami datang meminta sedekah. Sedangkan kami telah membayar dan mengikut segala kehendak serta prosedur pihak “penganjur’ dan pihak pengurusan shopping mall tersebut. Apa-apa pun, saya tetap bangga dengan team DAG® yang masih mampu kekal tersenyum, walau emosi dan kesabaran mereka diragut sepanjang 3 hari yg mencabar ini.

Semua ini bermula pada 12 MAC 2018, bila saya terlihat ada tawaran untuk membuka booth di sebuah shopping mall sempena jualan ramadhan. Saya hubungi “penganjur” tersebut dan bersetuju untuk menyewa tapak dengan bayaran RM 8,000.00 untuk 15 hari berniaga. Tarikh perniagaan 1 Jun – 15 Jun 2018, lokasi di sebuah Shopping Mall, LG ( Lower Ground) betul2 bersebelahan dgn centre court. 13 MAC “Penganjur” tersebut datang ke pejabat DAG® untuk dapatkan butiran dan kami terus buat bayaran penuh RM 8,000.

Tak disangka, pada 21 Mei saya dapat panggilan dari pihak penganjur, yg kami perlu mula berniaga pada 23 MAY – 3 JUN yang sepatutnya pada 1 Jun – 15 Jun. Tingal 1 hari sahaja untuk kami membuat persiapan. Saya terus hubungi semula pihak penganjur tersebut, untuk dapatkan kepastian kenapa tiba2 tukar tarikh. Atas alasan tarikh mula2 yg dipersetujui telah di pindah sebab jatuh pada hari raya pertama. Jadi mereka tawarkan dua tarikh baru pada 23 may – 3 jun (12 hari ) atau 3 jun -14 jun (12 hari).

Saya bersetuju untuk masuk berniaga pada 23 May hingga 3 Jun. Walaupun perjanjian sebenar 15 hari, tapi kami tidak mempersoalkan isu ini. Pada hari tersebut juga, saya menerima sekeping gambar tapak booth dari “penganjur”, dan saya tak perasaan gambar tersebut adalah tingkat kedua shopping mall tersebut dan bukan Lower Ground yang dijanjikan dulu. Saya tidak diberiberitahu bahawa terdapat perubahan lokasi dari LG ke tingkat 2!!!!

Pada 23 Mei dengan penuh semangat, team DAG® menghantar gambar booth, yg mereka telah berjaya setup dengan cantik dan meriah sekali. Terkejut apabila melihat gambar tersebut, kerana lokasi booth tersebut bukan berada pada Lower Ground, tapi berada pada tingkat 2 shopping mall, di kawasan yang mana kurang orang lalu lintas.

Saya masih bersabar, dan anggap ini “dugaan” bulan ramadhan. Sebelah petang, team melaporkan bahawa pihak pengurusan mengarahkan agar semua bantal dan rak gantung bantal terpaksa dirobohkan, kerana “nampak mcm pasar malam”. Team terima dengan hati terbuka, dan mula merombak semula kemah, dan rak yang telah siap dipasang. Tak cukup lagi dgn arahan tersebut, mereka juga mengarahkan supaya semua stok bantal perlu disimpan di loading bay, hanya dibenarkan mempamer sebiji sample setiap jenis bantal yang dijual di booth. Team masih bersabar dan patuh dgn permintaan pengurusan shoping mall tersebut.

Alhamdulillah untuk hari pertama yang amat memenatkan dan penuh cabaran, mereka berjaya membuat sale RM800. Setiap kali ada pembelian, team terpaksa turun ke loding bay, dan naik semula ke tingkat 2 untuk memberi barang ke customer yang sabar menunggu. Dah mcm jual CD cetak rompak dah, tunjuk cover, nanti ada org beli, baru pegi ambil stock ditempat yang jauh. Walaupun penat, berpuasa dan banyak terima aduan dari pihak shoppping mall, mereka masih dapat tersenyum dan melayan semua customer dengan mesra.

Mungkin bagi sesetengah org Rm 800 ni jumlah yang kecil, bagi saya, ni baru hari pertama, ada 11 hari lagi untuk berniaga, insyallah jualan akan meningkat. Sehinggakan saya sanggup menambah buget kepada team untuk membeli rak yang pihak pengurusan shooping mall benarkan, agar kita dapat terus berniaga disitu.

Malangnya optismitik saya berakhir pada hari kedua, dimana team saya melaporkan mereka telah diarahkan untuk tidak lagi berniaga di shopping mall tersebut dan dihalau dari premis. Atas alasan ada aduan dari pihak penyewa kekal di shopping mall tersebut, bahawa kami menjual barang sama jenis, ia itu BANTAL.

Sedangkan pada 13 MAC kami telah mengisi borang yang menyatakan, jenis barangan yang kami akan jual dan tidak ada bantahan dari pihak “penganjur” dan pihak pengurusan shopping mall.[/one_second][one_second]

Setahu saya, setiap shopping mall banyak je kedai yg jual barang lebih kurang sama, tetapi kenapa kami sahaja yang kena halau. Jangan kaitkan benda ini dengan isu perkauman, DAG® dibina dengan bantuan semua kaum dan bangsa. Alhmdulillah, usahawan DAG® juga dikukuhkan dengan ahli dari pelbagai kaum. Malaysia Boleh !!!

Saya menghubungi team supaya dapatkan surat bertulis dari pihak “penganjur” bahawa mereka “menghalau” kami dari terus menjual dan mereka akan membayar ganti rugi booth kami. Bila dapat surat, baru lah team kami akan beredar dari tapak tersebut. Sewa booth RM 8,000 tu belum campur, kos pengankutan, komisen team, barang2 untuk persiapan booth, stock tambahan, meeting, kempen, iklan dan yang paling bernilai adalah MASA.

Saya masih mencari kesabaran pada bulan yg mulia ini dan redha dgn apa yg berlaku, mungkin rezeki saya ditempat lain dan Allah akan gantikan dengan yg lebih baik. Saya maklumkan kepada team untuk bersabar dan bersedia untuk berkemas pulang bila betul2 dapat surat untuk kami tinggalkan premis. Walaupun marah, sedih, terhina, team tetap kuatkan semangat dan tidak cuba untuk menimbulkan sebarang masalah kepada pihak shopping mall.

“CUBAAN” datang lagi, sesudah mereka dapat surat dan siap mengemas untuk pulang ke HQ, datang security yang menegur mereka untuk tidak menutup kedai hingga jam 10 malam !!!!! Tadi halau, kini suruh tunggu hingga jam 10 malam. Dengan perut yang lapar, tengkuk yang dahaga, mereka bersabar menunggu 1 jam lebih sehingga pihak shopping mall selesai meeting, dan datang ke booth. Penghinaan paling teruk kepada team saya, dimana pihak shopping mall tersebut sekadar lalu depan booth, tangkap gambar dan terus beredar dari tempat kejadian. Bila team cuba bercakap dengan org tersebut, mereka tidak dilayan, dan dibuat tak tahu.  

Tak cukup dengan itu, lebih kurang pukul 6 petang ketika kami selesai mengangkat barang ke atas hilux di loading bay, hujan turun sangat lebat. Ini menyebabkan kami terpaksa menunggu seketika untuk keluar. Datang pengawal keselamatan mengarahkan agar kami keluar kerana tidak dibenarkan parking di loading bay.

Kami meminta jasa baik pengawal keselamatan tersebut untuk berada di situ seketika kerana hujan sangat lebat. Malangnya sekali lagi kami dikecewakan, tanpa belas mereka tetap keras mengarahkan agar mengalihkan kenderaan. Kami akur untuk alihkan kenderaan ke luar dan meninggalkan barangan atas hilux dalam hujan lebat. Untuk masuk ke basement parking tidak boleh kerana muatan tinggi.

Demi Allah saya amat kecewa, sedih dan rasa terhina bila benda ini berlaku pada team. Saya mungkin tak rasa sebegini perit jika ia berlaku pada diri saya sendiri. Tatapi bila ia berlaku pada team yang saya amat hargai, ia telah menyentuh perusuk jiwa saya. Sebab mereka berada disana demi DAG® , dan mereka tetap berkelakuan sopan, tidak melawan, menjaga adab mereka sebagai seorang islam yang sabar berpuasa dan menjaga nama baik DAG®.

Saya cuba bersabar sehingga lepas terawih, dan cuba menghubungi “pengusaha” untuk berbincang, malangnya panggilang pertama saya gagal, menyebabkan saya terus hilang kesabaran, dan bila saya dapat bercakap dgn “penganjur” tersebut, saya terus meluahkan rasa tak puas hati dan kekecewan saya. Beliau memohon maaf dan akan cuba untuk betulkan keadaan ini.

Saya betul2 berharap benda ini tidak berlaku pada usahawan lain, dimana Booth ini mungkin akan manjadi sumber utama rezeki untuk menapung keperluan anak dan keluarga mereka. 8 ribu bukan jumlah yang kecil, jika usahawan tersebut hanya ada 8 ribu je duit simpinan, dan menaruhkan segala-galanya dengan janji manis dan harapan untuk dapat menambah nilai kehidupan keluarga, memang semuanya akan hancur.

Saya menulis ini bukan nak kejar viral atau untuk dapatkan perhatian. Alhamdulillah Allah telah banyak memberi rezeki kepada kami sekeluarga dan seluruh Usahawan DAG®. Cuma penulisan ni adalah sekadar perkongsian dengan semua anda diluar sana, agar dapat mengambil pengajaran dan iktibar dari perkongsian saya ini.

Saya memohon setinggi-tinggi kemaaafan kepada Team DAG® yang terpaksa melalui pengalaman tersebut. Tapi dalam masa sama saya bersyukur kerana Mentor saya selalu berpesan, “tak ada pengalaman buruk, yang ada cuma pengalaman untuk kita belajar”. “Dari pengalanam sebegini yang akan mematangkan kita dan mengangkat kita lebih tinggi, insyallah”

Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat, sila lah share dan tag rakan2 anda supaya, bersedia dengan apa jua rintangan dan halangan dalam kehidupan ini.Sebaik-baik manusia, adalah yg memberi manafaat
 [/one_second]

Tahukah anda kesihatan diri amat penting dalam kehidupan kita? Walaupun kesihatan berkaitan tidur sering dipandang enteng namun, kesihatan tidurlah kunci kepada kesihatan lain. Amalkan konsep ‘Mencegah Lebih Baik dari Merawat’ untuk kesihatan berkualiti

Bantal DAG mampu memberi keselesaan tidur nyenyak buat anda. Berminat dengan bantal kami? Klik sini Untuk sebarang maklumat menjadi keluarga usahawan kami klik di bawah

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Bersih Ke Bantal Saya?

Anda rasa bantal anda tidur dekat rumah tu bersih tak? Ok kalau bersih, berapa kali anda basuh dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun? Sebelum tu,

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

Maklumat Terkini

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

error: Content is protected !!