fbpx

Blog

Galeri

Login

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

JOM SAMA-SAMA BERAMAL PADA MALAM 1HB REJAB INI

Malam ini ,7 Mar 2019, akan masuk 1hb Rejab. Jadi, kebetulan pula malam ini adalah malam Jumaat. Peluang terbaik untuk kita semua sama-sama beribadat dan menghidupkan malam ini, jangan lah ia dipersia-siakan. Para ulama’ muktabar mengatakan bahawasanya ada lima malam unggul yang mana ALLAH Subhanahu Wata’ala akan berikan anugerah besar pada tiga malam, antaranya adalah awal malam Rejab.

Mungkin timbul beberapa persoalan yg tersimpan didalam lubuk hati kita – Mengapa bulan Rejab sahaja yg dipilih mempunyai kelebihannya? – Pernah atau tidak kita terfikir yg mungkin berita-berita ini ditokok tambah sahaja oleh manusia biasa yg bercakap atas nama Nabi saw? Mengapakah didalam bulan ini terdapat solat-solat khas, zikir-zikir khas dan juga waktu-waktu khas untuk melakukan ibadat?  Banyak lagi persoalan mereka yang meragui akan tentang keistimewaan bulan Rejab ini. Walaupun admin bukan lah seorang yang sangat mahir dalam subjek rohani dan agama Islam, admin hanya mampu jelaskan tentang apa yang admin dapat rungkaikan daripada beberapa rencana dan hadis.

Bulan Rejab merupakan satu bulan dari bulan-bulan Haram

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan-bulan ‘Haram’ didalam Islam. Diantaraempat bulan yg di hormati ialah:
“Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab”

Allah swt telah mengurniakan kepada manusia 4 bulan haram. Bulan-bulan ini sebagaimana yg disepakati oleh semua ulama’ ialah Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. Umat Islam adalah diharamkan pergi berperang didalam bulan-bulan ini, kecuali jika mereka diugut. Didalam bulan ini terdapatnya ibadat Haji dijalankan (Zulhijjah), dimana pada hari Arafah disunatkan bagi mereka yg tidak menunaikan haji melakukan ibadat puasa. Rasulullah saw juga menggalakan umat Islam melakukan puasa sunat pada hari Asyura’ (10 hb Muharam).

Justeru itu, sangat digalakkan untuk memperbanyakkan istighfar di dalam bulan Rajab dan mula bersiapkan diri untuk tibanya bulan Ramadhan.

Antara istighfar yang digalakkan adalah:

 

Apabila melihat anak bulan Rejab, bacalah:

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

(Sayyiduna Anas ibn Malik  mengatakan bahawa doa ini dibaca Nabi ketika menjelang bulan Rejab. Riwayat Al-Baihaqi dalam Asy-Syu’ab dan Ibn Abi ad-Dunya dalam Mujab ad-Da’wah).

 

Amalan malam awal Rejab (1 Rejab)
Selepas sembahyang Maghrib dan selepas berwirid, bolehlah sembahyang
Sunat Mutlaq 10 rakaat. Pada setiap rakaat, dibaca selepas Surah Al-Fatihah,
Surah Al-Kafirun 1 kali dan Surah Al-Ikhlas 3 kali.

 

Kemudian, bacalah Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar):

أَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّيْ. لاۤ اِلۤهَ اِلاَّ أَنْتَ خَلَقْـتَنِيْ. وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَىْ عَهْدِكَ. وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ. أَعُوْذُبِكَ مِنْ شَرِّمَاصَنَعْتُ. أَبُوءُلَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ. وَأَبُوْءُ بِذَنْبِيْ فَاغْفِرْلِيْ. فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الْذُّنُوْبُ إِلاَّ أَنْتَ.

(Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin pada

waktu petang, lalu meninggal dunia pada malamnya, maka dia akan dimasukkan ke

dalam syurga. Sesiapa yang membacanya dalam keadaan yakin ketika Subuh, lalu

meninggal dunia pada hari tersebut, maka dia akan dimasukkan ke dalam syurga.”

Riwayat Al-Bukhari)

 

Selepas solat isyak:

رب اغفر لي وارحمني وتب علي

Sebanyak 70 kali

 

Tahukah anda kesihatan diri amat penting dalam kehidupan kita? Walaupun kesihatan berkaitan tidur sering dipandang enteng namun, kesihatan tidurlah kunci kepada kesihatan lain. Amalkan konsep ‘Mencegah Lebih Baik dari Merawat’ untuk kesihatan berkualiti

Bantal DAG mampu memberi keselesaan tidur nyenyak buat anda. Berminat dengan bantal kami? Klik sini Untuk sebarang maklumat menjadi keluarga usahawan kami klik di bawah

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Bersih Ke Bantal Saya?

Anda rasa bantal anda tidur dekat rumah tu bersih tak? Ok kalau bersih, berapa kali anda basuh dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun? Sebelum tu,

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

Maklumat Terkini

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

error: Content is protected !!