fbpx
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

5 TIPS PERNIAGAAN UNTUK SEMUA USAHAWAN BARU

Semenjak awal penubuhan lagi, Das Abdul Global mempunyai misi tersendiri dalam melahirkan golongan usahawan berjaya di kalangan rakyat Malaysia. Kami sememangnya ingin membantu semua dalam memperbaiki kehidupan ekonomi serta menyediakan modal yang mudah dan murah. Alhamdulillah selepas 3 tahun beroperasi, seramai 2000 orang usahawan yang berdaftar bersama DAG.

Ada di kalangan para usahawan yang berniaga melalui online, menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain. Ada juga yang mempunyai masa yang lapang, berniaga secara offline, seperti membuka car boot sale, menyertai pembukaan booth di event-event besar seperti Maharaja Lawak Mega. Semua ada cara-cara mereka sendiri namun yang pasti usaha mereka itu semua membuktikan mereka adalah golongan usahawan yang berjaya.

Namun, jadi seorang usahawan ni ada part susah. Nak menjadi usahawan tu senang, tetapi nak maintain tu yang buatkan masing-masing menjadi buntu. Seperti apa yang kami baca sebuah rencana daripada Forbes, terdapat 9 tips dalam menjadi seorang usahawan yang berjaya dan dapat mengekalkan prestasi usahawan berpengaruh.

1.Kenali Target Audience & Jenis Pasaran

Curi sedikit masa anda semua untuk membuat strategi dan research. Berniaga ni bukan perkara yang mudah. Walaupun anda tengok kawan-kawan usahawan anda semua berniaga macam kacang je tak semestinya ia merupakan benda yang mudah. Kita kena tahu tentang pentingnya target audience kita. Of course, takkan lah kita nak jual set kelengkapan bayi kepada orang bujang kan. Semestinya kita kena market kepada golongan bersesuaian iaitu ibu bapa muda. Nampak tak betapa pentingnya kita kena tahu jenis audience kita.

 

 

2.Strategi & Planning Yang Lancar

Mengendalikan perniagaan memerlukan banyak benda seperti kesabaran dan juga planning flow yang bagus supaya business kita pun menjadi lebih smooth dan lancar. Last minute planning perlu hapuskan dari mindset anda. Semuanya kena bermula from zero. There’s no such thing as “Takpe lah, esok esok jelah plan”. No! Kalau boleh, produk yang nak dilancarkan tahun depan pun dah kena planning sekarang. Usahawan yang berjaya adalah mereka yang mempunyai carta organisasi yang bagus dan bertanggungjawab dari segi marketing, kewangan, sales, operasi, HR dan lain-lain. Selain itu, membina sebuah syarikat perniagaan sendiri memerlukan beberapa aspek seperti kreativiti, usaha dan sifat ingin belajar yang berterusan.

 

 

3.Dengar Permintaan Pelanggan

Sentiasa dengar permintaan dan bertukar pendapat bersama pelanggan dalam memperbaiki perniagaan kita. Sometimes, kita boleh gain dan belajar sesuatu perkara baru apabila kita mendengar feedback daripada mereka ini kerana minda kita akan terbuka luas dari segi pandangan orang luar. Jika kita terlalu nak market produk kita kepada orang ramai tetapi tidak pernah sekali ambil tahu tentang apa yang pelanggan kita mahukan, perniagaan kita akan menaik dan stuck di tempat yang sama sahaja. Tambahan pula, apabila kita mendengar feedback mereka, ia membuatkan pelanggan kita lebih percaya dengan servis kita.

4.Belajar Secara Berkumpulan

Kebanyakan pemimpin buat semua kerja secara bersendirian. Mereka hadir kelas serta belajar sendiri dengan banyakkan membaca dan melihat video-video pembelajaran. Pemimpin yang baik, mereka belajar dengan didikan mentor. Pemimpin yang paling terbaik adalah mereka yang terbuka untuk belajar beramai-ramai keranacboleh bertukaran pendapat dan meminta nasihat daripada orang lain. Istilah hierarki juga tidak berada dalam kamus hidup mereka, kerana mereka sentiasa ingin belajar walaupun daripada orang bawah mereka.

5.Networking Bersama Eksekutif Professional

Hidup ni tak perlu untuk berasa superior dan bodoh sombong. Walaupun anda dah berjaya jual beribu biji bantal pun, tak semestinya anda kena sombong dan tidak ada sifat ingin belajar. Cara nak menjadi usahawan berjaya adalah dengan belajar sendiri daripada mentor professional. Seperti Tuan CEO Das Abdul yang merupakan pelajar setia Dr Hj Azizan Osman. Tanpa didikan daripada Doc, Das Abdul Global juga tidak akan wujud pada hari ini. Tanpa beliau, billboard berwarna purple yang menarik perhatian pemandu juga tidak akan ada.

 

 

Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Hashtag : #bantalhotel #bantaldag #dasabdulglobal #usahawandag #bestpillow #kisahssahwanDAG #dag ##kerjayanDAG #tipsUsahawanDAG #Insomnia #tipspenjagaanBANTAL #kesihatanTIDUR #bantal #pillow

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

Produk

Reseller

Hubungi

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved