fbpx

Blog

Galeri

Login

Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest
Share on facebook
Share on twitter
Share on pinterest

4 Punca Tidur Terganggu

Pusing kanan tak kena pusing kiri pun tak kena buka mata pandang atas, pandang semua benda yang ada dalam bilik. Terasa masa berjalan begitu pantas, sang suria pula kian muncul namun mata masih segar.

Pernah hadapi situasi begini? Kalau kadang-kadang tu ok la mungkin terlebih tidur sampai tak boleh tidur, tapi kalau setiap malam macam ni rasanya dah tak normal.

Apa punca tidur anda terganggu ni? Ok di sini kami kongsikan 4 punca utama tidur anda terganggu.

 

  1. Bilik tidur berselerak

Bilik tidur adalah tempat atau ruang peribadi untuk beristirehat setelah penat seharian bekerja. Jadi, jika bilik tidur anda kotor dan bersepah dengan pelbagai barang, bagaimana dapat membangkitkan mood yang tenang tidur yang nyenyak? Tentulah memberi kesan kepada tidur anda kerana ia nya menganggu minda anda.

  1. Bantal dan cadar

Nampak bersih tapi anda tahu ke sebenarnya bantal dan cadar lah tempat paling banyak terkumpul bakteria atau kulat. Sebaiknya tukarlah sarung bantal dan cadar anda seminggu sekali demi menjaga kebersihan dan kualiti tidur anda.

Bukan itu sahaja, tekstur dan material bantal juga turut mempengaruhi postur badan untuk anda tidur lena, jadi anda boleh gunakan bantal DAG selain boleh dicuci dengan mesin basuh ia juga membantu tidur anda nyenyak sepanjang malam.

  1. Warna Dinding

Tahukah anda warna mempunyai maksud tersendiri dalam membangkitkan pelbagai mood seperti tidur, kerja dan sebagainya. Hati-hatilah dalam memilih warna dinding bilik tidur anda kerana jika anda menggunakan warna terlalu terang akan menganggu tidur anda. Pilihlah warna sejuk dan lembut untuk mencipta mood rehat.

  1. Suhu Bilik

Pernah dengar tak ada orang tak boleh tidur kalau tak tutup lampu kerana beranggapan cahaya lampu tu panas? Itulah contoh tepat boleh dikategorikan sebagai suhu bilik boleh jadi punca tidur anda terganggu. Suhu bilik penting dalam membantu hasilkan hormon melatonim untuk membantu tidur lena. Pastikan suhu bilik anda tidak terlalu panas atau sejuk diantara 18 hingga 22 darjah celcius. Pastikan lampu ditutup sebelum tidur ya.

Dapatkan tidur berkualiti kerana ia mempengaruhi kesihatan dan segala mood aktiviti harian yang anda bakal lakukan.

Tahukah anda kesihatan diri amat penting dalam kehidupan kita? Walaupun kesihatan berkaitan tidur sering dipandang enteng namun, kesihatan tidurlah kunci kepada kesihatan lain. Amalkan konsep ‘Mencegah Lebih Baik dari Merawat’ untuk kesihatan berkualiti

Bantal DAG mampu memberi keselesaan tidur nyenyak buat anda. Berminat dengan bantal kami? Klik sini Untuk sebarang maklumat menjadi keluarga usahawan kami klik di bawah

Share this post with your friends

Share on facebook
Facebook
Share on google
Google+
Share on twitter
Twitter
Share on linkedin
LinkedIn
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin

Bersih Ke Bantal Saya?

Anda rasa bantal anda tidur dekat rumah tu bersih tak? Ok kalau bersih, berapa kali anda basuh dalam masa seminggu, sebulan, atau setahun? Sebelum tu,

Sila masukan Alamat Emel anda serta nama anda untuk kami info Blog kami terkini di emel anda.

DAG menjadi Jenama  No.1 Asia dalam produk kelengkapan tidur berkualiti hotel taraf antarabangsa.

  • E -book
  • Tools Marketing
  • Promotion
  • Product
  • Careline

About

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

2019 © Das Abdul Global Sdn. Bhd. All Rights Reserved

Maklumat Terkini

Produk

Reseller

Hubungi

Chat

error: Content is protected !!